The native who lives in the jungle has sound knowledge of woods
possessing magical properties. Accordingly, certain woods are inherited
with specific indwelling nature spirit that imbues the woods with such
distinctive magical properties. Besides Raja Kayu, there are also other
magical woods in the deep jungle like Penawar Hitam or Black Gold,
Cendana, Kayu Penunduk, Nibong, Ulamas, Kemuning, Bertam etc that
possesses different distinctive mystical powers both for physical and
spiritual healings. The native depends on trees for their livelihood and
uses magical woods for their protection in the jungle inhibited by
mysterious forces and evil spirits.
Degrading in human moral values and conduct have induced all kinds of evil forces and energies prevailing in the environment we live today. Modern people succumb to evil spirits and charms out of personal gain and jealousy. According to the native, Raja Kayu has the following magical properties and applications:
Degrading in human moral values and conduct have induced all kinds of evil forces and energies prevailing in the environment we live today. Modern people succumb to evil spirits and charms out of personal gain and jealousy. According to the native, Raja Kayu has the following magical properties and applications:
1. ward off negative and dark energies
2. counter black magic
3. possess positive energy and expel negative forces
4. attract majestic luck in things we do
5. attract business, fortune and happiness
6. instill confidence and courage
Orang
Melayu memang hidup menyatu dengan alam sekitar. Sebarang keunikan alam
dianggap membawa makna yang tersendiri dan memberi kesan terhadap
kehidupan mereka.
Masyarakat
orang asli yang masih tinggal di hutan-hutan banyak bergantung pada
kayu kayan dan akar hutan. Kayu dan akar hutan dianggap memberi segala
keajaiban untuk menghindarkan penyakit biasa dan luar biasa.
Menurut orang-orang asli, pokok-pokok kayu di dalam hutan memiliki ciri keunikan dan mistik tersendiri. Ada
beberapa jenis kayu seperti Raja Kayu, Penawar Hitam, Emas Hitam,
Cendana, Kayu Penunduk, Nibong, Ulamas, Bertam memiliki kuasa mistik
yang dapat menyembuhkan penyakit biasa dan luar biasa. Sebab itulah,
masyarakat orang asli amat mempercayai kuasa hutan dan semangat pada
setiap pokok kayu.
Gelaran
‘Raja Kayu’ pada sejenis pokok yang hidup di pedalaman hutan-hutan
nusantara sememangnya sudah menunjukkan kuasa kehebatan pokok itu. Raja
Kayu dianggap mempunyai kuasa mistik yang menggerunkan semua tumbuhan
yang lain.
Pokok
Raja Kayu amat sukar ditemui namun untuk mengenal pasti adakah pokok
itu Raja Kayu, amat mudah kerana pokok itu hidup menyendiri. Kawasan
sekeliling pokok itu akan kelihatan bersih kerana tiada tumbuhan lain
yang hidup di sekitarnya. Ketika
pokok Raja Kayu mahu hidup, semua tumbuhan di sekitarnya akan mati.
Apabila pokok Raja Kayu sudah sebesar pokok getah, semua pokok-pokok di
sekelilingnya akan tunduk padanya. Daun pokok Raja Kayu pula tidak
bertulang atau berurat.
Dikatakan,
bukan sebarang orang boleh mengambil pokok Raja Kayu. Kalau kita tidak
memiliki ilmu di dada, kita tidak akan dapat menemui jalan pulang. Ada
juga yang akan bertembung dengan binatang buas atau diganggu makhluk
ghaib.
Kehebatan Raja Kayu atau nama saintifiknya Cassia Fistula
memang sudah terkenal dalam kalangan orang Melayu. Untuk mengetahui
adakah itu raja kayu yang tulen, lampu suluh boleh dinyalakan ke arah
kepingan raja kayu yang dipotong tebal. Kita pasti terpukau apabila
melihat cahaya lampu itu mampu menembusi kepingan raja kayu yang tebal
sedangkan uji kaji yang serupa ke atas kayu-kayu lain tidak akan mampu
mendapat hasil yang sama.
Ujian
kedua boleh dilakukan dengan meletakkan Raja Kayu bersaiz 1 sen ke
dalam mangkuk berisi air. Kepingan Raja Kayu itu akan tenggelam seperti
batu.
Seterusnya,
ujian boleh dilakukan dengan menggosok perlahan serbuk Raja Kayu ke
lengan seseorang. Serbuk Raja Kayu itu akan meresap ke dalam kulit orang
itu.
Menurut
orang tua-tua, Raja kayu adalah raja segala penawar atau ibu segala
ubat. Raja kayu dikatakan mujarab menyembuhkan penyakit asma, darah
tinggi, gout, kencing manis, lelah, sengal-sengal, melancarkan
perjalanan darah, sakit kulit, santau, penangkal ilmu hitam, pendinding,
penunduk, pengasih serta penghalau binatang buas dan haiwan berbisa.
Dipercayai,
sesiapa yang dipukul dengan menggunakan Raja Kayu, (manusia atau
haiwan) boleh menjadi gila sekiranya tidak diberikan penawar segera.
Air
rebusan teras Raja Kayu Putih dikatakan juga mampu melembutkan hati
anak-anak yang degil dan nakal. Penagih alkohol, rokok atau pesakit
batuk berdarah juga dikatakan mampu menggunakan air rebusan Raja Kayu
Putih sebagai penawar.
Dahulu,
Raja Kayu sering digunakan sebagai hulu keris kerana dikatakan mampu
memberi ‘aura panas’pada si pemakainya. Pahlawan Melayu akan mempunyai
semangat yang kental dan berapi-api dalam pertarungannya.
Terdapat
dua jenis Raja Kayu iaitu Raja Kayu Merah dan Raja Kayu Putih. Raja
Kayu Putih merupakan spesis Raja Kayu yang amat dicari oleh pencinta
barangan mistik kerana dipercayai mempunyai kelebihan berbanding Raja
Kayu Merah. Raja Kayu Putih dikatakan hanya hidup di hutan pergunungan
seperti di Gunung Ledang.
Banyak
orang membeli Raja Kayu Putih untuk dijadikan loket, mata cincin atau
disimpan sahaja di dalam dompet. Pemakai atau penyimpan Raja Kayu
kononnya akan dilihat sebagai orang yang disegani dan berwibawa kerana
kuasa penunduk Raja Kayu. Sekiranya Raja Kayu Putih turut disimpan
bersama-sama kayu-kayu lain, mereka menganggap Raja Kayu Putih itu
banyak memberi aura dan khasiat kepada kayu-kayu yang lain.
Pokok Raja Kayu dikatakan hanya lemah pada api. Namun sekiranya Raja Kayu dibakar, ia akan menerbit aroma harum dan lembut.
Seperti
mana telah dicipta garam dengan dianugerahi sifat masin yang dapat
digunakan untuk menambah rasa pada makanan, begitulah juga tujuan
penciptaan batu, kayu, permata dan lain-lain kejadian. Masing-masing
mempunyai manfaat tersendiri. Namun kepercayaan yang keterlaluan boleh
mengakibatkan syirik.
树王乃森林之尊,众树之王。森林终日难见阳光,阴气沉沉,是邪灵齐聚的温床。树王的威力无比,是原住民在森林中生存必备的护身符及辟邪物。 世风日下,物欲横流,人心险恶,当今我们所处的钢骨水泥森林,邪气纵生,稍微不小心,容易撞邪惹祸上身。因此,我们也需要一些自然神奇的辟邪物保护自己。
功能
1. 避邪挡煞
2. 镇宅旺屋、疏解负能量
3. 提升运气与希望 4. 招财进宝
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete